Ada perbezaan besar antara keduanya. Bumi lot ni memang dikhaskan untuk bumiputera saja dan hanya bumiputera saja yg boleh beli (kalau nak tukar status banyak syarat-syaratnya)
.
Siapa yang tetapkan status ni? Bumi Lot ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
.
Pembahagian bumi dan non-bumi lot ini biasanya dalam penjualan hartanah baru/undercon.
.
Sesetengah Perjanjian jual beli (SPA) ada menyatakan mengenai bumi lot ini. Malah, ada negeri yg letakkan sekatan kepentingan untuk hartanah Bumi Lot dan kita boleh lihat status Bumi Lot ini di geran rumah.
.
Kuota Bumiputera ditetapkan oleh pihak berkuasa kerajaan negeri yg akan bagi kelulusan kepada pemaju. Biasanya untuk unit Bumi Lot sekurang-kurangnya perlu ada 20% (bergantung pada negeri masing-masing) .
.
Untuk non-bumi lot, semua orang boleh beli termasuk bumiputera. Biasanya untuk pelaburan, kebanyakan pelabur akan membeli non-bumi lot.