[ INSURANS RUMAH MRTT vs MLTT ]
Apa yang dimaksudkan MRTT dan MLTT?
MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
MLTA – Mortgage Level Term Assurance
MLTT – Mortgage Level Term Takaful
Perkataan Reducing , Assurance, Takaful dan Level adalah membawa maksud pakej yang berbeza.
Assurance adalah insuran konvensional. Manakala takaful semestinya insuran yang patuh syariah.
Sekarang apa beza MRTT vs MLTT?
Biasanya bank akan sentiasa menawarkan insurans jenis MRTA/MRTT sebagai pakej bersama loan rumah untuk melindungi waris anda jika berlaku perkara tidak diingini dan baki pinjaman anda akan dibayar oleh pihak insurans.
MRTA/MRTT boleh dibayar lumpsum atau dimasukkan ke dalam loan tetapi ia bukan wajib kerana anda juga boleh memilih untuk mengambil MLTA/MLTT.
Namun MLTA/MLTT perlu dibayar secara berkala sama ada pembayaran bulanan, setengah tahunan atau tahunan.
MLTA/MLTT juga adalah plan yang datang bersama simpanan di akhir tempoh pelindungan dan kita boleh gunakan untuk menyelesaikan baki loan rumah.
Sebagai contoh, jika nilai pampasan MLTA/MLTT yang diambil semasa membeli rumah (nilai ini adalah sama sehingga tamat tempoh pinjaman rumah) adalah RM200,000 dan berlaku kematian pada peminjam, waris akan menerima pampasan MLTA/MLTT berjumlah (RM200,000 + nilai simpanan semasa) – baki pinjaman rumah.
Maksudnya,jika seseorang itu mengambil insurans MLTA/MLTT, waris bukan sahaja akan dapat rumah malah wang tunai juga. Dan ini pastinya membantu waris untuk meneruskan kehidupan. Jadi pilihan anda yang mana?