Ramai orang kata susah beli rumah.
Tetapi jika kita ada ilmu asas, urusan jual beli rumah adalah mudah. Secara ringkasnya, ada beberapa perkara yang kita perlu tahu dan lakukan sebelum beli rumah yang pertama. Ikuti setiap langkah berikut
- Semak kelayakan / kemampuan pinjaman rumah – Yang pertama sekali ialah Nisbah Khidmat Hutang, atau dalam Bahasa Inggeris, Debt Service Ratio (DSR). Pastikan komitmen anda tidak melebihi 60%.
- Beli rumah yang sesuai dengan pendapatan. Secara umumnya, jumlah pinjaman untuk rumah kita disarankan tidak melebihi 30% daripada pendapatan bulanan.
- Pastikan kita tidak mempunyai tunggakan hutang pinjaman yang lain. Pihak bank pasti akan menyemak laporan kredit pemohon sebelum meluluskan pembiayaan. Sekiranya rekod pembayaran hutang lain seperti kereta, pinjaman peribadi dan lain-lain adalah bagus dan tiada tunggakan, peluang untuk kita mendapat kelulusan pinjaman rumah adalah tinggi. Anda boleh menyemak laporan kredit anda di website ini https://ctoscredit.com.my/credit-score-report/
- Ketahui kos-kos yang terlibat dengan pembelian rumah seperti deposit, yuran guaman dan penilaian rumah.
- Buat pilihan rumah spesifikasi dan ciri-ciri rumah idaman anda seperti:
- Harga rumah – Pastikan harga rumah tersebut mampu dimiliki
- Jenis rumah – Teres, semi D, banglo?
- Pelan rumah – Jumlah bilik, bilik air dan tandas
- Lokasi
- Kemudahan – Sekolah, pusat membeli belah, bank, klinik, hospital
- Jaringan pengangkutan – Jalan raya berdekatan, pengangkutan awam
- Komuniti persekitaran – Kejiranan, keselamatan,
Bagaimana nak cari rumah yang sesuai untuk dibeli? Cara yang paling mudah adalah mencari di website-website yang mengiklankan rumah untuk dijual atau anda boleh merujuk kepada ejen hartanah berdekatan anda.
Jika anda mencari rumah atau ingin menjual rumah di Kuantan, Hubungi Perunding Hartanah Anda:
Wan Mohd Perunding Hartanah Berdaftar (REN38491).Legacy Real Property Sdn Bhd.
013-9221865 (Call/Sms/Whatsapp).
Kami merupakan syarikat hartanah berdaftar drp Legacy Real Property Sdn Bhd. Kami bantu anda menyemak kelayakan loan, permohonan pinjaman dengan bank/lppsa dan urusan guaman/lawyer.
Website:www.buyhartanah.com
Like page:https://www.facebook.com/rumahdantanahuntukdijualkuantan/.
Jika anda pemilik hartanah yang ingin menjual rumah, kedai atau tanah sekitar Kuantan, boleh hubungi kami untuk semak harga pasaran, urusan jual beli dan lain-lain.Hubungi: 0139221865 atau whatsappwww.wasap.my/60139221865